Dijadikan Cerita, pada tahun 1997. Aku, adik Dan kakak tidur sebilik. Manakala ibu tidur di bilik sebelah sendirian. Ayah Pula out station seperti selalu. Kadang sebulan hanya balik sekali kadang Dua Kali. Pada malam itu tiada hal aneh yang berlaku. Seawal jam 8 malam kami sudah siap menjamu selera Dan brsiap untuk tidur. Rumah kampung biasalah nak ke bilik mandi kena turun tangga terlebih dahulu. Memandangkan kami bertiga adik beradik diwajibkan berus Gigi sebelum tidur, kami pn bersama2 pergi ke bilik mandi. Rumah kami hanya rumah papan tapi cukup Selesa mungkin kerana tinggal bersama keluarga. Tak kisahlah rumah apa pun, asalkan tinggal bersama sudah cukup membahagiakan.
Jam 9 malam, ibu menutup lampu bilik Dan mengucapkan Selamat malam lalu menutup pintu bilik. Tiba2 ibu membuka pintu Dan tidur bersama kami. Tanpa bertanya, kami semua pun terus sambung tidur sehingga pagi. Semalam, kenapa ibu tiba2 masuk ke bilik kami Dan tidur bersama? Kakak memulakan bicara. Oh.. nanti lah ibu cerita. Tidak lama kemudian, nenek datang ke rumah.
Selepas ibu menutup pintu bilik kami, ibu pn masuk ke biliknya Dan menutup lampu dan pintunya. Tapi sinaran bulan yang menembusi tingkap kaca menjadikan biliknya tidak terlalu gelap. Sedang terlelap, ibu terjaga kerana terdengar ada sesuatu yang sedang melompat2 dari bawah dapur menuju ke dapur atas melalui tangga. Pit! Pit! Pit! cing!! kedengaran seperti bunyi guli sedang jatuh. Tetapi bukan jatuh ke bawah melainkan menuju ke atas. Semakin lama bunyi tu semakin dekat dengan pintu bilik ibu. Namun apabila bunyi itu berada tepat di depan bilik ibu, tiba2 bunyi itu hilang. Merasa tak enak badan, ibu pun membuka matanya. Namun betapa terkejutnya ibu apabila dia melihat sosok lembaga yang sangat besar sedang mendepakan tangannya di luar kelambu ibu. Lidahnya yang panjang dan matanya yang terkeluar paras dagu menyebabkan ibu terkaku tidak dapat bergerak dan bersuara. Lembaga hitam itu semakin menundukan kepalanya menuju ke arah ibu. Pada ketika itu ibu hanya mampu berdoa dan menanyikan lagu pujian. Semakin lama suara ibu semakin kedengaran di telingnya sendiri. Menandakan dia tidak sekaku seperti sebelumnya. Akhirnya lembaga hitam tersebut menjadi cair dan hanya kedengaran seperti bunyi guli yang jatuh sedang keluar dari bilik.
Rupanya ini yang ibu hadapi di saat kami 3 beradik sedang tertidur pulas. Menurut ibu, benda pertama yang dia fikir apabila dia telah dapat menggerakn badan adalah kami, anak2 nya. Dia risau lembaga itu akan masuk ke bilik kami pula. Sebab itu dia terus lari masuk ke bilik kami. Melihat kami yang sedang tertidur, memberi kelegaan di hati ibu. Sungguh kasih ibu itu tiada tandingannya dan sangat bermakna.
Benar. Kasih ibu sepanjang hayat.
ReplyDelete100%
ReplyDeleteGunderuwo.
ReplyDeletemungkin juga
ReplyDelete