Kisah ini bermula pada tahun 2000. Aku berasal dari kampung yang boleh dikatakan kampung yang agak keras. Kerana bukan hanya aku yg mengalami gangguan. Tetapi rata2 org kampung turut mengalaminya. Namun kisah ini yg telah membuka mata ku untuk mampu melihat makhluk halus.
Siapa yg berasal dari kampung pasti memiliki kenangan mandi Manda di sungai secara beramai2. Ya.. suasana mandi beramai2 adalah kenangan manis bagi kita semua, Namun tidak pada hari itu. Aku bersama kakak Dan beberapa orang kampung sedang mandi Dan mencuci kain. Setelah selesai mencuci kain, kakak ku menyuruh aku cepat2 berganti pakaian Dan balik ke rumah. Kerana katanya sudah terlalu petang. Aku harus segera balik Dan bilang ke ibu bahawa sebentar lagi kakak juga akan tiba. Kata kakak ku, jangan risau. kerana di sungai Masih ada ramai orang dan dia tidak takut. Lalu aku pun hanya mendengar apa yang dikatakan oleh kakak Dan brgegas mengganti pakaian. Aku dengan riang berlari2 anak menuju ke rumah yang jaraknya lebih kurang 2KM Dr sungai.
Dalam perjalanan pulang aku yang kegirangan berlari2 sambil bernyanyi. Biasalah budak2.. bila bernyanyi, kepala harus turut bergerak ke Kiri, kanan atas bawah. Tiba2 langkah kaki ku terhenti kerana aku meihat sesuatu yang sangat cantik di atas sedang terbang. Aku tidak merasa takut pada ketika itu kerana aku tidak mengetahui apakah Benda yang sedang terbang itu,
Namun apa yang aku tak sangkah, Benda itu berhenti terbang Dan melihat aku di bawah. Aku yang baru berusia 8tahun tidak terburu2 melarikan diri sebaliknya berdiri kaku melihat keindahan Benda yang berada di atas kepala ku. Matanya merah, seakan2 sedang marah. Bentuknya bulat Dan berapi2. Selang beberapa minit, Benda itu pn melajutkan penerbangannya Dan hilang di kawasan perbukitan. Aku Pula, Tanpa rasa bersalah, meneruskan perjalanan balik ke rumah.
2 minggu kemudian, heboh sekampung berkenaan penampakan kepala di atas pokok kelapa. Bukan itu saja, ada juga yg mendengar seperti ayam berkokok di bawah rumah di sertai dengan bunyi tangisan. Lalu aku pn menceritakn perkara yang aku alami dengan ibu Dan ahli keluarga yang lain. Alamak!! tak pasal2 aku di Marahi. Apa Salah aku??
Menurut cerita yang aku dengar, ada pendatang baru Dr kampung sebelah yang telah di usir Dr kampung asal mereka kerana di khabarkan ada dalam kalangan penduduk kampung y melihat kepala terbang Dr atap rumah mereka. Yang menghairankan aku, kenapa penduduk kampung sebelah tu terima akan kedatangan mereka??
Penanggal ini memang ramai orang Yang nampak
ReplyDeleteBtl.
ReplyDelete