Tuesday, May 27, 2025

Koleksi Cerita SERAM: Mata Merah

 Balik!!!! kedengaran suara ibu memanggil kami 4 beradik untuk balik sebab dah masuk waktu mahgrib. Aku, adik dan kakak yang sedang bermain badminton pun segera megakhiri permainan. Adik lelaki yg sedang main basikal dengan kawan sekampung juga turut menghentikan aktiviti mereka. "Bye,. jumpa besok" adalah ungkapan yang seringkali digunakan oleh mereka sebagai tanda ucapan perpisahan.

Seperti biasa, selesai beraktiviti kami akan masuk ke dalam rumah dan memulai melakukan kerja2 rumah. Aku akan membantu dalam kerja2 basuh membasuh, adik pmpuan akan menyapu dan kakak akan memasak. Adik lelaki? akn melepak depan tv bersama ibu dan ayah. Gambaran sebuah keluarga yang seringkali dikatakan keluarga bahagia, hidup senang dan kaya. Namun, hakikatnya hanya kami yang tahu dan merasakannya. 

Cepat!cepat! mula sudah main..! Kami semua pun duduk depan tv sebab drama bersiri cina pada masa itu memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Tidak sedar sejam telah berlalu dan kami sekeluarga pun makan bersama. Makanan yang sederhana, tapi membahagiakan. Lagi2 kelebihan orang kampung yang rajin bercucuk tanam. Sayuran dapat dimakan sepuasnya. Kelihatan seperti hanya cerita tentang kebahagiaan dalam sesebuah keluarga. Tetapi kejadian yang menyeramkan berlaku ketika aku sedang mandi.

Selesai semuanya, Aku pun mengambil tuala mandi dari dalam bilik. Dengan gembira aku masuk ke dalam kamar mandi yang hanya di terangi cahaya dari luar kamar. (Ada kejadian yang menyebabkan mengapa kami tidak switch on lampu kamar ketika mandi) Kamar mandi kami berbumbung tetapi tidak bersiling. Jadi ada ruang besar antara bumbung dengan dinding sebagai ruang pengudaraan. Diluar kamar, terdapat sebuah tangki air. Jadi adalah mustahil untuk seorang dewasa memasukkan kepalanya dan melihat ke dalam kamar.

Aku pun menyangkutkan tuala dan sambil bernyanyi, aku mulai membuka pakaian. Tiba2 aku merasa suasana di dalam kamar menjadi lebih gelap. Seperti ada sesuatu yang menghalang cahaya masuk ke dalam kamar. Namun aku tidak memperdulikannya. Mungkin hanya perasaan ku sahaja aku berkata dalam hati. Dalam keadaan baju belum terbuka sepenuhnya, dengan tiba2 aku melihat sepasang mata sedang melihat ke arah ku. Matanya besar sekali dan berwarna merah. Memandang tepat ke arah ku dan tatapannya seolah2 sedang marah. Aku kaku dan tidak dapat bersuara. Aku hanya mampu melihat ke arah mata tersebut dan tidak dapat mengedipkan mata. Aku mati akal. Aku berusaha untuk bergerak dan menjerit tetapi tidak mampu. "Mel..!! kau ok tak dalam tu? kenapa tiba2 kau senyap." Kakak ku bertanya dari luar. Barulah aku tersedar dan dapat mengedipkan mata. Aku fikir setelah berjaya mengedipkan mata, mata merah itu akan hilang, tetapi mata itu masih di tempat yang sama melihat ke arah ku. Kali ke tiga aku mengedipkan mata baru mata tersebut hilang dan suasana dalam kamar kembali seperti biasa. 

"Tok!Tok!Tok! kau ok tak? kenapa kau tak menjawab?" 

"ok ok.. aku ok.. nantilah aku cerita."

Kenapa masih tak nak switch on lampu?? Sesungguhnya mata manusia lebih menakutkan daripada mata merah tadi.


Sunday, May 25, 2025

Koleksi Cerita SERAM: Lembaga Hitam

 Dijadikan Cerita, pada tahun 1997. Aku, adik Dan kakak tidur sebilik. Manakala ibu tidur di bilik sebelah sendirian. Ayah Pula out station seperti selalu. Kadang sebulan hanya balik sekali kadang Dua Kali. Pada malam itu tiada hal aneh yang berlaku. Seawal jam 8 malam kami sudah siap menjamu selera Dan brsiap untuk tidur. Rumah kampung biasalah nak ke bilik mandi kena turun tangga terlebih dahulu. Memandangkan kami bertiga adik beradik diwajibkan berus Gigi sebelum tidur, kami pn bersama2 pergi ke bilik mandi. Rumah kami hanya rumah papan tapi cukup Selesa mungkin kerana tinggal bersama keluarga. Tak kisahlah rumah apa pun, asalkan tinggal bersama sudah cukup membahagiakan.

Jam 9 malam, ibu menutup lampu bilik Dan mengucapkan Selamat malam lalu menutup pintu bilik. Tiba2 ibu membuka pintu Dan tidur bersama kami. Tanpa bertanya, kami semua pun terus sambung tidur sehingga pagi. Semalam, kenapa ibu tiba2 masuk ke bilik kami Dan tidur bersama? Kakak memulakan bicara. Oh.. nanti lah ibu cerita. Tidak lama kemudian, nenek datang ke rumah.

Selepas ibu menutup pintu bilik kami, ibu pn masuk ke biliknya Dan menutup lampu dan pintunya. Tapi sinaran bulan yang menembusi tingkap kaca menjadikan biliknya tidak terlalu gelap. Sedang terlelap, ibu terjaga kerana terdengar ada sesuatu yang sedang melompat2 dari bawah dapur menuju ke dapur atas melalui tangga. Pit! Pit! Pit! cing!! kedengaran seperti bunyi guli sedang jatuh. Tetapi bukan jatuh ke bawah melainkan menuju ke atas. Semakin lama bunyi tu semakin dekat dengan pintu bilik ibu. Namun apabila bunyi itu berada tepat di depan bilik ibu, tiba2 bunyi itu hilang. Merasa tak enak badan, ibu pun membuka matanya. Namun betapa terkejutnya ibu apabila dia melihat sosok lembaga yang sangat besar sedang mendepakan tangannya di luar kelambu ibu. Lidahnya yang panjang dan matanya yang terkeluar paras dagu menyebabkan ibu terkaku tidak dapat bergerak dan bersuara. Lembaga hitam itu semakin menundukan kepalanya menuju ke arah ibu. Pada ketika itu ibu hanya mampu berdoa dan menanyikan lagu pujian. Semakin lama suara ibu semakin kedengaran di telingnya sendiri. Menandakan dia tidak sekaku seperti sebelumnya. Akhirnya lembaga hitam tersebut menjadi cair dan hanya kedengaran seperti bunyi guli yang jatuh sedang keluar dari bilik. 

Rupanya ini yang ibu hadapi di saat kami 3 beradik sedang tertidur pulas. Menurut ibu, benda pertama yang dia fikir apabila dia telah dapat menggerakn badan adalah kami, anak2 nya. Dia risau lembaga itu akan masuk ke bilik kami pula. Sebab itu dia terus lari masuk ke bilik kami. Melihat kami yang sedang tertidur, memberi kelegaan di hati ibu. Sungguh kasih ibu itu tiada tandingannya dan sangat bermakna. 

Koleksi Cerita SERAM: Kepala Terbang

 Kisah ini bermula pada tahun 2000. Aku berasal dari kampung yang boleh dikatakan kampung yang agak keras. Kerana bukan hanya aku yg mengalami gangguan. Tetapi rata2 org kampung turut mengalaminya. Namun kisah ini yg telah membuka mata ku untuk mampu melihat makhluk halus.

Siapa yg berasal dari kampung pasti memiliki kenangan mandi Manda di sungai secara beramai2. Ya.. suasana mandi beramai2 adalah kenangan manis bagi kita semua, Namun tidak pada hari itu. Aku bersama kakak Dan beberapa orang kampung sedang mandi Dan mencuci kain. Setelah selesai mencuci kain, kakak ku menyuruh aku cepat2 berganti pakaian Dan balik ke rumah. Kerana katanya sudah terlalu petang. Aku harus segera balik Dan bilang ke ibu bahawa sebentar lagi kakak juga akan tiba. Kata kakak ku, jangan risau. kerana di sungai Masih ada ramai orang dan dia tidak takut. Lalu aku pun hanya mendengar apa yang dikatakan oleh kakak Dan brgegas mengganti pakaian. Aku dengan riang berlari2 anak menuju ke rumah yang jaraknya lebih kurang 2KM Dr sungai.

Dalam perjalanan pulang aku yang kegirangan berlari2 sambil bernyanyi. Biasalah budak2.. bila bernyanyi, kepala harus turut bergerak ke Kiri, kanan atas bawah. Tiba2 langkah kaki ku terhenti kerana aku meihat sesuatu yang sangat cantik di atas sedang terbang. Aku tidak merasa takut pada ketika itu kerana aku tidak mengetahui apakah Benda yang sedang terbang itu,

Namun apa yang aku tak sangkah, Benda itu berhenti terbang Dan melihat aku di bawah. Aku yang baru berusia 8tahun tidak terburu2 melarikan diri sebaliknya berdiri kaku melihat keindahan Benda yang berada di atas kepala ku. Matanya merah, seakan2 sedang marah. Bentuknya bulat Dan berapi2. Selang beberapa minit, Benda itu pn melajutkan penerbangannya Dan hilang di kawasan perbukitan. Aku Pula, Tanpa rasa bersalah, meneruskan perjalanan balik ke rumah.

2 minggu kemudian, heboh sekampung berkenaan penampakan kepala di atas pokok kelapa. Bukan itu saja, ada juga yg mendengar seperti ayam berkokok di bawah rumah di sertai dengan bunyi tangisan. Lalu aku pn menceritakn perkara yang aku alami dengan ibu Dan ahli keluarga yang lain. Alamak!! tak pasal2 aku di Marahi. Apa Salah aku??

Menurut cerita yang aku dengar, ada pendatang baru Dr kampung sebelah yang telah di usir Dr kampung asal mereka kerana di khabarkan ada dalam kalangan penduduk kampung y melihat kepala terbang Dr atap rumah mereka. Yang menghairankan aku, kenapa penduduk kampung sebelah tu terima akan kedatangan mereka??

Koleksi Cerita SERAM: Mata Merah

 Balik!!!! kedengaran suara ibu memanggil kami 4 beradik untuk balik sebab dah masuk waktu mahgrib. Aku, adik dan kakak yang sedang bermain ...